COME JOIN US!!

Manifesto Pakatan Rakyat Mahu Tukar MB Johor Setiap 2 Penggal Sindir Kepimpinan Nik Aziz



PASIR GUDANG: Manifesto Pakatan Rakyat Johor yang mahu menukar Menteri Besar setiap dua penggal diselar Khalid Nordin yang disifat akan memberi implikasi kepada pembangunan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar cadangan berkenaan yang disenaraikan dalam manifesto Pakatan Rakyat di Johor dengan menyifatkannya sebagai 'tidak ubah seperti mimpi'.

Beliau berkata pakatan pembangkang sepatutnya melaksanakan cadangan berkenaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka terutamanya di Kelantan.

"Sudah berapa lama Datuk Nik Aziz Nik Mat jadi Menteri Besar di sana?

"Sekiranya mereka menjadi kerajaan negeri di sini, pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia dan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) akan terjejas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Mykasih kepada 500 penerima di sini pada Ahad.

Manifeto Pakatan Rakyat di Johor ini disifatkan rakyat Johor seperti menyindir kepimpinan Nik Aziz di Kelantan yang telah memegang jawatan tersebut sejak 1987.
Share this article :

+ comments + 2 comments

April 14, 2013 at 7:09 PM

sabah sudah pernah mengalami sistem penggiliran ketua menteri.. sebelum mengemukakan cadangan ini, baik kaji dulu baik buruknya sistem ini dengan melihat kesannya terhadap pembangunan di negeri Sabah..

Perlukah sistem penggiliran Ketua Menteri diwujudkan semula?

April 14, 2013 at 9:05 PM

sistem penggiliran KM mmg tak salah.... nak buat sistem penggiliran MB pun tak salah...

cuma agak melucukan apabila cadangan tu datang dari PR.... kerana mereka sendiri tak praktikkan apa yg mereka cadang

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger