COME JOIN US!!

#PRU13 - #ManifestoBN Tidak Terjangkau Oleh PR



KUALA LUMPUR – Kehebatan manifesto Barisan Nasional (BN) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi ternyata meresahkan ramai pemimpin pembangkang hingga menyebabkan mereka membuat pelbagai tohmahan untuk memperlekehkan manifesto berkenaan.

Antara pemimpin pakatan pembangkang yang kelihatan cukup resah dengan keistimewaan manifesto BN untuk rakyat itu adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila mendakwa BN sebenarnya menciplak kandungan manifesto mereka.

“Antara yang ditiru adalah mengurangkan harga kereta, meningkatkan anggota polis untuk memerangi jenayah, lebuh raya Pan-Borneo dari Sematan, Sarawak ke Seruding, Sabah dan penyeragaman harga barangan di Sabah, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang cukup resah dengan kelebihan manifesto BN turut mendakwa manifesto itu tidak menangani isu hutang, defisit, penipuan dan rasuah sekali gus wajar dianggap sebagai satu janji kosong kepada rakyat.

Beliau dalam kenyataan sama turut mengulangi sokongan padunya kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang PRU13.

Ia apabila beliau dalam kenyataan itu menyebut tentang kali terakhir negara ini berlebihan bajet adalah pada tahun 1997 semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Perdana Menteri.

“Sejak tahun 1997 kita telah mengalami 15 tahun berturut-turut defisit bajet, itulah sebabnya kita mahu Anwar sebagai Perdana Menteri baru untuk memulihkan defisit bajet ke dalam bajet lebihan,” dakwanya.

Kenyataan terbaharu DAP itu pastinya mencemaskan ramai penyokong dan pendokong parti PAS yang dilihat lebih cenderung memilih Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri yang baharu tatkala PRU13 semakin hampir.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger