COME JOIN US!!

#PRU13 - Zambry Nafi Tan Sri Tajol Rosli Sertai PAS


IPOH: Persoalan terhadap dakwaan bekas menteri besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali akan menyertai PAS terungkai apabila menteri besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab persoalan ini bagi pihak beliau.

Zambry yang telah bertanya sendiri perkara ini kepada Tajol Rosli melihat dakwaan ini sebagai 'permainan' pembangkang yang cuba meracuni pemikiran rakyat untuk meraih sokongan.

"Yang paling seronok jawapan (Tajol Rosli) pada hari ini. Tan Sri Tajol kata, kalau saya (beliau) jawab soalan (dakwaan) orang gila saya (beliau) pun jadi gila, kalau saya (beliau) jawab soalan (dakwaan) orang bodoh, kita pun jadi bodoh," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira enam ribu penyokong Barisan Nasional (BN) pada majlis Pelancaran Jentera PRU-13 BN dekat sini, malam Jumaat.

Tajol Rosli, yang turut hadir pada majlis itu dan berdiri di pentas bersama-sama Zambry serta pimpinan BN lain tersenyum mendengar kenyataan Zambry yang dibuat bagi pihaknya.

Malah, menurut Zambry anak kepada seorang lagi bekas menteri besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib turut hadir pada majlis BN itu.

Apa yang diucapkan Zambry itu menunjukkan cakap-cakap bekas menteri besar Perak akan menyertai pembangkang adalah tidak benar.

Zambry berkata, walau apa pun permainan yang dicetuskan pembangkang, beliau yakin BN dapat mempertahankan Perak pada pilihan raya kali ini.

Isu ini timbul apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan bahawa seorang bekas menteri akan menyerahkan borang keahlian kepada PAS dalam masa terdekat, pada Isnin.

Ekoran pengumuman tersebut, terdapat spekulasi di internet yang menjangkakan bekas menteri besar yang dimaksudkan adalah dari Perak dan Selangor.

Nama Tajol Rosli dilihat lebih menyerlah dalam isu ini berbanding Tan Sri Ngah Talib mungkin kerana beberapa isu sebelum ini termasuklah hasrat untuk tidak bertanding pada PRU-13.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger