COME JOIN US!!

Perubahan Besar Boleh Dicapai Tanpa Menukar Kerajaan - @NajibRazak


KUANTAN: Perubahan besar boleh dicapai tanpa menukar kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perubahan sebenar sudah dan sedang dilaksanakan di Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional, jadi tiada keperluan untuk mengubahnya.

"Saya tahu ada orang di luar sana menjaja perkataan 'ubah' tetapi bolehkah mereka membawa perubahan sebenar?

"Bagaimana mereka melakukannya apabila sebuah kapal mempunyai tiga pengemudi. Boleh anda bayangkan apa akan berlaku? Ia akan tenggelam," kata Najb pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan, Khamis.

Beliau berkata kerajaan BN telah membuktikan kemampuan parti menerusi beberapa program transformasi.

"Buktinya ada di depan mata anda. Sebagai contoh, Bank Dunia menjangkakan ekonomi negara kita berkembang 4.5% tahun lalu tetapi kita menunjukkan pretasi lebih baik iaitu 5.6%," kata Najib.

Sebanyak 58 jabatan dan agensi kerajaan ditempatkan di UTC itu selain pusat gimnasium dan Klinik 1Malaysia.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger