COME JOIN US!!

"Saya Sihat" - PM Tolak Spekulasi Diserang Stroke

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lepas.

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat.

Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam. BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger