COME JOIN US!!

Kementerian Pelajaran Bakal Wujud Lima Lagi Sekolah Komprehensif

SRI AMAN: Kementerian Pelajaran sedang mempertimbangkan lima sekolah kebangsaan (SK) untuk dijadikan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9).

Timbalan Menteri berkenaan Dr Mohd Puad Zarkashi berkata empat sekolah dikenal pasti di Sarawak dan satu di Pahang.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi beramah mesra dengan 17 murid-murid dan guru pada lawatan ke sekolah pendalaman, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Seduku di Lingga, Sri Aman

"Sekolah-sekolah tersebut merupakan sekolah kurang murid jadi kaedah ini juga bertujuan mengoptimumkan kemudahan yang terdapat di sekolah itu," katanya kepada pemberita, di sini, Selasa.

Menurut Mohd Puad, buat masa ini dua sekolah menggunakan model tersebut iaitu SK Long Badian di Baram, Sarawak dan sebuah sekolah masyarakat Orang Asli di Pahang.

Sekolah berkenaan diwujudkan bagi menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari tahun enam ke tingkatan satu, katanya.- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger