COME JOIN US!!

FELDA Fail Saman Fitnah Isu Urusniaga Dengan Israel


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengerusi Persatuan Anak Peneroka (Anak), Mazlan Aliman; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta lima yang lain berhubung dakwaan wujudnya urusniaga antara agensi itu dengan Israel.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain Mazlan dan Mustafa, Felda selaku plaintitf turut menamakan Ahmad Lutfi Othman, Taufek Yahya, Mohd. Arif Atan, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd. dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Plaintif menyatakan, pihak defendan berniat jahat untuk memusnahkan reputasinya di peringkat antarabangsa sama ada di kalangan rakyat Malaysia mahupun di kalangan peneroka Felda. - UTUSAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger