COME JOIN US!!

TPM Cadang Naikkan BR1M RM1,000

SLIM RIVER: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bercadang menaikkan jumlah RM500 kepada RM1,000 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada setiap rakyat yang berkelayakan.

Menurutnya, pemberian tersebut adalah untuk menjamin supaya golongan berpendapatan rendah tidak rasa tertekan akibat kenaikan harga barang.

"Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya," katanya seperti yang dipetik dalam dua akhbar Cina, China Press dan Sin Chew Jit Poh pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan parti BN negeri.

Selain menaikkan jumlah pemberian, katanya, kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian BR1M ini diteruskan untuk jangka panjang mengikut kemampuan pendapatan negara.

Di bawah BR1M, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.6 bilion dan memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah di seluruh negara yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 termasuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger