COME JOIN US!!

200 Unit Darah Diperlukan Setiap Hari Untuk Kes Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah


KUALA LUMPUR: Sebanyak 200 unit darah jenis A, AB, B dan O diperlukan dalam sehari bagi menampung keperluan pesakit terutama yang melibatkan kes-kes kecemasan.

Pakar Hematologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Dr Hafizah Hashim berkata hospital berkenaan yang kini mengalami masalah kekurangan darah memerlukan bekalan yang banyak bagi merawat pesakit talasemia, leukimia, obstetrik dan mangsa kemalangan.

"Darah yang kita ambil dari badan penderma hanya boleh disimpan dalam tempoh35 hingga 42 hari sahaja dan ia tidak mencukupi untuk menampung keperluanpesakit yang banyak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Justeru beliau memohon orang ramai untuk hadir ke lokasi derma darah yangdijadualkan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Antara tempat yang terlibat ialah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar,Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Hospital Kulim, Hospital Jitra,Hospital Kuala Nerang, Hospital Sik, Hospital Yan, Hospital Baling dan HospitalLangkawi.

Operasi derma darah dijalankan setiap Ahad hingga Rabu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan pada Khamis dari 8 pagi hingga 3.30 petang. BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger