BNYCT NEWS
print this page
BERITA TERKINI

COME JOIN US!!

Showing posts with label minda. Show all posts
Showing posts with label minda. Show all posts

Bagaimana REPORT CARD Boleh Membantu Anda Memangkah Kertas Undi #PRU13 Nanti?? #BNYCT

MINDA #BNYCT merupakan hasil penulisan penyokong BN yang menyertai program Manifestasi Karya #BNYCT yang terpilih untuk disiarkan di portal BNYCT.NET. Jika anda turut berminat untuk menyumbangkan karya dalam apa saja bentuk sila emelkan kepada kami [SILA RUJUK SINI - KLIK!]
SEHARI dua ini agak kecoh ibu bapa dengan keputusan SPM anak masing-masing. Ada yang gembira kerana anak berjaya capai keputusan cemerlang, ada juga yang bersedih, malah ramai juga yang buat tidak tahu dengan pencapaian anak sendiri. Namun, fenomena menanti keputusan SPM dengan penuh debaran ini telah menjadi satu tawarikh penting dalam kalendar rutin rakyat Malaysia.

Apa pentingnya keputusan SPM ini? Macam satu soalan yang bodoh, tapi tetap perlu dilontarkan sebelum persoalan lain dirungkaikan selepas ini. Tidak kiralah orang UMNO ke, orang PAS ke, malah orang DAP juga ramai yang terlibat dengan pengumuman keputusan SPM ini. Bolehlah dikatakan SPM ini menyatukan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Semuanya menganggap SPM ini penting bagi masa depan mereka atau anak-anak mereka.

Tetapi, mengapa apabila DS Najib mengumumkan satu persatu pencapaian beliau sebagai PM selama 4 tahun ini dalam REPORT CARD NKRA-KPI baru-baru ini, ramai yang mencebik muka, malah tidak kurang juga yang memaki-hamun?

Salahkah beliau membentangkan prestasi beliau sebagai pemimpin yang menguruskan amanah rakyat dan wang negara selama 4 tahun lalu? Atau mereka ini semua terkena sindrom butthurt sebab tiada seorang pun pemimpin pujaan mereka yang mampu membentangkan pencapaian mereka di 4 negeri sepanjang 5 tahun yang lalu?

Kedah yang ketika zaman BN pernah disasarkan akan mencapai status negeri maju menjelang 2010, kini semakin hilang arah. Tidak keterlaluan jika dikatakan negeri tersebut juga mulai semakin mundur, berikutan kedudukan ekonomi yang tidak berkembang dan defisit hutang yang semakin tidak terkawal. Hendak tahu indikator atau petunjuknya? Tidak perlu geraf-geraf ekonomi yang kompleks ala pembentangan PM tempohari, tanya sahaja adakah wujud satu projek khas yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah sepanjang 5 tahun di bawah pemerintahan PAS?

Punyalah tenat ekonomi Kedah, sehinggakan Kerajaan Negeri terpaksa bergaduh dengan rakan sepakatannya sendiri, iaitu DAP Pulau Pinang kerana menaikkan tarif air yang dihantar ke pulau tersebut. Lebih lucu, mereka cuba jadi samseng dengan mengugut Kerajaan Pusat untuk membayar mereka RM100 juta setahun jika tidak mahu balak di negeri tersebut gondol dan kawasan tadahan air musnah. Umpama pengemis terdesak yang sedang memegang pisau dileher sendiri dan mengugut orang ramai untuk memberikannya wang jika tidak mahu lihat dia membunuh diri!

Apakah ini yang kita boleh banggakan sebagai pentadbiran Islam? Apakah ini bentuk dakwah Islamiah yang ingin kita tunjukkan kepada orang yang bukan Islam. Tidak peliklah mengapa sehingga kini tiada seorang pun ahli DAP yang memeluk Islam kerana dakwah PAS.

Hendak cerita tentang Kelantan? Kalau bahasa Inggerisnya, template-nya sama sahaja. Pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut hanya dilaksanakan secara rutin tanpa satu pelan pembangunan khas demi untuk memartabatkan taraf hidup orang Islam itu sendiri. Namun mereka ini semua sangat bijak berpolitik. Janji cukup banyak ditabur, terutamanya apabila menghampiri pilihanraya. Stadium rakyatlah, lebuhraya rakyatlah dan macam-macam lagi. Jadi, sebelum rakyat tersedar yang ianya semua omongan kosong, mereka lambakkan dulu ceramah-ceramah "agama" dan solat hajat raksasa sebagai indikator Kerajaan Islam telah didaulatkan.

Apakah cukup bagi umat Islam untuk bertahan daripada musuh-musuh mereka hanya dengan solat dan doa, yang kadang-kala diselang-selikan dengan doa kemusnahan kepada saudara seagama sendiri? Bukankah Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang kemiskinan itu menghampiri kekufuran?!!

Baru-baru ini, penulis agak terkedu apabila mendengar berita bahawa satu jenazah di Kelantan tidak dapat disempurnakan dengan cepat kerana masalah air. Penulis terfikir sejenak, satu masa dahulu ketika isu air ini kami ajukan kepada penyokong-penyokong PAS di Kelantan, mereka dakwa itu adalah fitnah dan rekaan BN. Mereka siap dabik dada lagi dengan gah bahawa negeri Kelantan ini dilimpahi rahmat Allah SWT kerana berkat pemerintahan Tok Guru mereka, jadi mana mungkin ada timbul masalah air. Namun, setiap kali pulang beraya ke negeri tersebut saban tahun, hendak basuh tangan pun menjadi satu perkara yang memeningkan kepala, apatah lagi mandi dan berwuduk. Ya, memang benar orang Kelantan ini kuat berdikari dan hormatkan orang agama, namun mereka tidak bodoh dan buta.

Mereka sentiasa ingat dan sudah lama memberikan peluang kepada "Keraja-e Isle" selama lebih 22 tahun. Kami dapat memerhatikan ramai yang sudah sedar dan menantikan perubahan di bawah Tok Pa, terutamanya yang bermastautin di negeri tersebut. Yang kuat membela Tok Guru mereka ini kami dapati semuanya tidak merasa susah di negeri tersebut dan sedang bersenang lenang dalam kenikmatan dan kemudahan di negeri-negeri bawah tadbiran BN.

Jadi, kami ingin bertanya sekali lagi, di manakah kita letakkan standard penilaian kita kepada Kerajaan Negeri-negeri pembangkang ini? Apakah kerana mereka pembangkang maka mereka bebas daripada tanggungjawab memajukan negeri tadbiran mereka lebih baik daripada BN? Ada yang kata Selangor dan Pulau Pinang lebih baik daripada pentadbiran BN ketika ini.

Benarkah dakwaan ini jika yang merasa lebih baik itu hanya satu kaum atau yang bukan beragama Islam sahaja? Apakah keadaan lebih baik jika manifesto mereka tidak sampai separuh yang ditunaikan? Apakah keadaan lebih baik jika kepentingan minoriti diutamakan berbanding majoriti? Apakah keadaan lebih baik jika Islam sentiasa berhadapan dengan tekanan setiap hari daripada tuntutan-tuntutan golongan liberal?

Air percuma 20 meter padu? Apakah ianya dapat dinikmati oleh setiap rakyat Selangor? Yang menyedihkan air percuma ini dinafikan kepada rakyat yang tinggal di rumah-rumah pangsa murah yang menggunakan meter pukal. Itupun kini Selangor menghadapi krisis air kerana sikap keras kepala Kerajaan Neegri yang enggan membenarkan Syabas menaiktaraf fasiliti mereka dan menghalang pembinaan Loji Langat 2.

Semuanya ini disembunyikan di sebalik strategi tersirat untuk memberikan tekanan kepada Kerajaan Pusat sekiranya rakyat di Lembah Kelang dan Selangor berhadapan dengan krisis air. Seperti biasa, alasan menghapuskan kroni dan memberikan air percuma dijadikan pendinding untuk segala tindak-tanduk songsang mereka.

Itu belum kita sentuh lagi tentang pertambahan rumah-rumah urut dan pusat maksiat seperti cendawan dalam 5 tahun kebelakangan ini. Mana peranan PAS dalam pakatan pembangkang dalam hal ini? Hero mereka Datuk Hasan Ali cuba menghentikan pengkhianatan ini, namun dikorbankan lebih awal oleh kepimpinan PAS sendiri setelah didesak oleh rakan kafir mereka DAP.

Apakah semua ketua-ketua PAS di negeri Selangor ini telah "dibeli" jiwa mereka oleh tauke-tauke rumah urut dan maksiat sehinggakan di taman perumahan kecil yang majoritinya orang Islam pun boleh wujud rumah urut yang turut menyediakan perkhidmatan seks!

Cuba tanya tentang kilang Carlsberg yang dijanji akan ditutup sebaik pakatan menang di Selangor? Sudah tentu kegagalan mereka menutup kilang tersebut adalah kerana salah UMNO dan BN juga, kerana dakwa mereka kilang tersebut sudah lama wujud ketika zaman baru Merdeka lagi. Jadi buat apa berjanji mahu menutup kilang tersebut sebelum ini?!! Apakah ini yang kita gelar sebagai MANIFESTO BUKAN JANJI?

Begitulah juga keadaannya di Pulau Pinang, malah lebih buruk lagi. Orang Melayu? Ya, Lim Guan Eng memang pandai bermain dengan angka (kerana beliau bekas akauntan), banyak sekali papan tanda yang dipasang di tepi-tepi jalan di sekitar negeri tersebut yang membandingkan bantuan kepada agama Islam ketika DAP memerintah berbanding BN dahulu.

Persoalannya, betulkah turun peruntukan seperti yang dinyatakan? Dan apakah peratusan perbandingannya bantuan tersebut dengan bantuan kepada agama lain, yang tidak pernah mendapat dana secara terus daripada kantung wang negeri ketika zaman BN? Tidak perlu tanya banyak, tanya sahaja kepada Guan Eng, berapa ramai orang Melayu miskin yang dibantunya setiap bulan untuk mendapat kediaman dan kehidupan yang selesa di negeri tersebut? Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, penghapusan etnik sedang berlaku secara giat di pulau tersebut.

Namun, apa yang kami nyatakan secara panjang lebar di atas ini tidak ramai yang merasainya, malah kami pasti akan ada yang memperlekehkannya pula. Ya, kami tahu ramai yang sudah senang, bekerja bergaji besar dan tidak memerlukan lagi bantuan Kerajaan. Ya, kami tahu anda semua berjaya kerana dasar PAS,PKR dan DAP yang memastikan hidup anda, mulai lahir di hospital Kerajaan sehinggalah masuk Univerisiti dibantu dengan seadanya.

Tetapi apa yang kami harapkan adalah, berlaku adillah kepada diri sendiri dan masa depan anak-anak kita. Ayuh kita bersikap objektif. Buatlah perbandingan secara fakta dan angka dan bukan dengan emosi yang subjektif dan melulu. Sebagai contoh, jika BN berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan Br1M, KR1M, 1AZAM dan sebagainya, apakah pula petanda pencapaian pembangkang yang lebih baik yang boleh kita jadikan alasan untuk memilih mereka pada PRU akan datang?

Tolonglah jangan kata beri mereka peluang dulu untuk mereka buat, kerana mereka sudah diberikan peluang yang cukup. Apakah memerintah 4 buah negeri, dengan dua daripadanya negeri yang maju dan kaya tidak mencukupi untuk membuktikan yang mereka lebih berjaya menaikkan taraf hidup rakyat berbanding BN?

Tempoh LIMA tahun sudah menghampiri penghujungnya. Gunakanlah REPORT CARD DS Najib ini (Klik http://mymassa.blogspot.com/2013/03/panas-video-yang-anwar-ibrahim-takut.html ) sebagai perbandingan dan panduan untuk menentukan masa depan kita semua. Ya, kita mungkin sudah kaya dan tidak memerlukan Kerajaan lagi, tetapi apakah kita pasti anak-anak kita akan mewarisi nasib yang sama seperti kita kelak?!! Fikir-fikirkanlah. -EM
0 comments

Dilema PRU-13: Gunakan Hak Berfikir Sebelum Hak Mengundi

MINDA #BNYCT merupakan hasil penulisan penyokong BN yang menyertai program Manifestasi Karya #BNYCT yang terpilih untuk disiarkan di portal BNYCT.NET. Jika anda turut berminat untuk menyumbangkan karya dalam apa saja bentuk sila emelkan kepada kami [SILA RUJUK SINI - KLIK!]
Dilema PRU-13: Gunakan Hak Berfikir Sebelum Hak Mengundi

"Najib Razak pengecut. Sebab itu beliau tidak berani bubar parlimen dan umum pilihanraya!"

"Kerajaan sekarang memerintah atas mandat HARAM!"

Persoalannya, apakah benar seperti yang diperkatakan? Dan jika benar PM kita pengecut, maka mengapa negeri-negeri Pembangkang tidak sahaja mahu membubarkan dahulu Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan mengisytiharkan pilihanraya? Bukankah Kerajaan Negeri Selangor sendiri sudah beberapa kali mengumumkan "tarikh" pembubaran DUN mereka?

Sebenarnya tidak timbul langsung soal mandat haram atau tidak, kerana Dewan Rakyat atau Parlimen itu sendiri hanya akan terbubar pada 28 April 2013. Jika mereka mengambil tarikh tempoh lima tahun daripada 8 Mac 2008 yang lalu sebagai penentu halal-haramnya mandat sesebuah Kerajaan, maka Kerajaan Negeri-negeri pembangkang juga kini sedang memerintah di atas mandat yang HARAM! Jadi, sekarang bagaimana? Bolehkah mereka menerima kenyataan ini dengan hati yang terbuka?!!


Pada kami, senario dan strategi politik yang dimainkan oleh pakatan pembangkang ini sudah menjadi keterlaluan, dan semakin kebudak-budakan. Manakan tidak, mereka bisa sahaja menghalalkan perbuatan haram pemimpin dan penyokong mereka dengan hujah bahawa pihak lawan juga pernah berbuat sedemikian. Dan jika tiada apa yang boleh diperbandingkan, maka mereka akan tanpa malu menuduh orang lain sebagai menabur fitnah dan sebagainya.

Jadi, sudah tentu bagi mereka yang "atas pagar", perkembangan ini membuatkan mereka sudah cukup meluat. Sebab itulah mereka tidak sabar-sabar lagi untuk turun mengundi pada PRU akan datang ini. Dan, tanpa disedari, sentimen ini telah dieksploitasi terlebih dahulu oleh propagandis pembangkang dengan tagline PM Najib sengaja melengah-lengahkan pilihanraya dengan harapan, sokongan golongan atas pagar tadi akan condong kepada mereka. Namun, adakah ianya memberikan kesan?

Pada pandangan kami, golongan atas pagar yang tulen ini sebenar-benarnya sedang memerhati dan membuat penilaian ketika ini. Selebihnya, hati mereka sudah tetap. PRU kali ini menyaksikan polar sokongan rakyat yang lebih jelas. Tidak timbul lagi isu golongan atas pagar yang suka memanjangkan agenda pembangkang demi mahu memperbaiki Kerajaan sedia ada. Mana-mana yang hatinya tegar menyokong pembangkang, tidak akan menerima apa jua maklumat, walapun ianya satu bentuk kebenaran, yang datang dari pihak lawan mereka. Sepanjang lima tahun ini, mereka telah dididik untuk menutup mata, telinga dan hati ke atas maklumat selain dari pihak mereka. Inilah kaedah yang pihak pembangkang di Malaysia ini gunakan bagi mengekalkan sokongan mereka sambil berlindung di sebalik slogan transperansi dan tuntutan kebebasan!

Sebab itulah PRU kali ini PM sendiri sebut sebagai "Mother of All GE". Bukan kerana ianya menentukan mati hidupnya Kerajaan BN, tetapi sebagai titik uijian kepada kematangan politik di pihak rakyat itu sendiri. Sepanjang 4 tahun pentadbiran PM Najib, beliau telah melakukan pelbagai perubahan yang digelar sebagai TRANSFORMASI. Itu tidak dapat kita nafikan. Dan transformasi politik itulah perubahan paling berani yang beliau lakukan berbanding barisan pemimpin terdahulu.

Tidak pernah dalam sejarah Kerajaan yang memerintah negara ini, capaian maklumat dibuka dengan seluas-luasnya kepada rakyat untuk menilai. Tidak benar? Buka sahaja pautan video ucapan DS Najib atau posting beliau di Facebook, dan kira berapa ramai yang membalas dengan maki hamun walaupun maklumat tersebut hanya satu pemberitahuan? Dan apa yang menarik, beliau tidak moderate komen-komen tersebut dan membiarkan sahaja kepada rakyat yang lain untuk menilai sendiri. Maka kadang-kala apabila keadaan menjadi agak melampau, ada juga sebilangan rakyat biasa yang mempertahankan beliau. Cuba perhatikan pula perkara ini di rangkaian sosial milik pemimpin pembangkang? Adakah mereka betul-betul mengamalkan apa yang mereka perjuangkan? Kami sendiri sudah di block oleh beberapa pemimpin pembangkang, mungkin kerana mahu mengelakkan kami menyampaikan maklumat yang sebenar.

Malah, DS Najib sendiri mengambil langkah berani dengan membuka ruang yang lebih luas kepada ahli partinya untuk memilih pemimpin tertinggi mereka bagi menghapuskan politik wang. Rakyat perlu bertanya adakah perubahan ini turut berlaku dalam parti-parti pembangkang? Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum tanpa bertanding. Begitu juga dengan Nik Aziz. Malah, dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini, bagi meredakan kegelisahan orang Melayu, seorang Melayu CELUP telah diberikan 500 suntikan undi teknikal untuk menduduki tangga ke 20 (dan tercorot) pemimpin tertinggi parti secara tiba-tiba. Apakah mereka ini semua boleh kita percayai untuk membawa perubahan yang lebih terbuka dan telus bagi rakyat Malaysia? Itu belum kita cerita lagi tentang peranan nak beranak dan keluarga yang mendominasi kepimpinan tertinggi parti pembangkang.

Namun inilah reformasi yang ingin dibawa oleh Anwar dan parti pembangkang. Mereka dakwa mereka lebih baik berbanding BN. Bolehkah kita terima kenyataan ini sebagai sesuatu yang ada asasnya sekiranya para ulama' dalam PAS sendiri dipecat tanpa pembelaan semata-mata kerana mahu mempertahankan Islam?!! Walhal PAS sendiri satu masa dahulu begitu bermati-matian membela Anwar yang mereka percaya dipecat secara zalim oleh Tun M.

Jadi, di manakah sebenarnya standard pemikiran dan kematangan berpolitik kita pada hari ini? Adakah kita akan memilih gabungan longgar parti-parti politik yang tidak mampu didaftarkan sebagai satu gabungan yang sah pada PRU ini? Apakah kita boleh menerima pula barisan bekas pemimpin BN yang satu masa dahulu kita maki hamun sebagai perompak wang rakyat yang kini tersingkir kerana transformasi BN?!! Dan di manakah akan kita letakkan pertimbangan moral dalam memilih pemimpin kali ini? Kerana tidak mampu menasihatkan isteri untuk memakai tudung atau yang terjebak dalam skandal video seks dengan pelacur dan homoseksual serta penzinaan?

Kadang-kadang kami berasa sangat jelek kerana dalam pada mereka tegar menegakkan hak pemimpin mereka untuk berzina sebagai hak peribadi, mereka tidak malu pula melaung-laungkan kepada rakyat yang perjuangan mereka adalah demi kemenangan Islam! Bersambung... -EM
0 comments

Building Patriotism Among Younger Generation


THERE are important lessons to be learnt from the intrusion by Sulu armed terrorists in the East Coast of Sabah which resulted in an armed conflict between our security forces and the gunmen.

Prime Minister Datuk Seri Najib’s frank admission that “it was a wake-up call” speaks volumes about how vulnerable Malaysia can be to an external threat and why it is important for the Government and the people not to take safety for granted.

We have been blessed with peace and stability all this while and this intrusion by armed terrorists from a foreign country took us by complete surprise.

Questions are still being asked as to why it is taking place now and over a ludicrous claim over Sabah by the armed terrorists.

Steps are now being taken to beef up security in the East Coast of Sabah to boost our military’s capability in terms of its equipment, training, skills and intelligence.

Measures are also in place to establish the Eastern Sabah Security Commend (ESSOM) to deal with future security threats. Six new police stations will also be built there.

What I would like to see is not only the safety aspect but more importantly the spirit of patriotism which must be reinforced at all times.

It is a crisis that puts the patriotism of Malaysians to the test.

Instead of rallying behind our security forces, there are some who choose to belittle and make insensitive remarks about our courageous men who are risking their lives to defend and protect the honour, sovereignty and territorial integrity of Malaysia.

I suggest that a Bernama documentary about the Sabah intrusion by the Sulu terrorists be not only shown on our TV channels but be made available to all schools so that our younger generation will understand about this intrusion and why it is important to appreciate the sacrifices of our security forces in defending the sovereignty of our country.

It will also help to build patriotism among our younger generation and make them realise the importance of peace, harmony and unity in our beloved country.


TAN SRI LEE LAM THYE
Trustee 1 Malaysia Foundation
Wednesday March 20, 2013
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger