MANIFESTASI KARYA #BNYCT
SEMASA sesi pelancaran program Himpunan Aktivis Siber 2013 yang berlangsung di The Royale Bintang pada 16 Mac lalu, Ketua Pemuda UMNO merangkap Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin dengan berbesar hati menyumbangkan dana sebanyak RM50,000 kepada BN Youth Cyber Team (BNYCT) untuk digunakan sebagai insentif kepada semua sukarelawan BN di alam siber agar mereka dapat menghasilkan bahan-bahan yang bermutu, berfakta, sinis dan kreatif bagi membantu kemenangan BN dalam PRU13.
OBJEKTIF
SYARAT
. emelkan penyertaan anda kepada: .
. bnyouthcyberteam@gmail.com .
sebarang persoalan berkaitan program ini
boleh juga dikirim ke alamat emel ini.
HAKCIPTA
Hakcipta karya adalah menjadi hakmilik peserta. Peserta boleh meletakkan sebarang 'watermark' pada karya tersebut jika difikirkan perlu. BNYCT cuma mengambil hak penyiaran bukan eksklusif, ini bermakna sesiapapun boleh menggunakan karya tersebut jika bukan untuk tujuan komersil/keuntungan. Karya tersebut boleh disebarkan melalui mana-mana platfom media sosial/online selagi tidak mengubah karya asal.
TEMA
KATEGORI
Program ini terbahagi kepada beberapa kategori dan penyertaan tidak terbatas, anda boleh menghantar dalam mana-mana kategori tanpa mengira jumlah penyertaan. Tapi cuma penyertaan yang tersiar di portal BNYCT akan diberikan imbuhan.
1. PENULISAN
Panjang tulisan tidak terhad, anda boleh menghantar penyertaan dalam bentuk penulisan kreatif, analisis, pendapat peribadi, satira (humor) atau apa saja bentuk penulisan yang bersesuaian dengan tema yang diberikan.
2. LUKISAN
Peserta dikehendaki menghantar lukisan dalam paparan tidak kurang 7 inci X 10 inci (sama ada horizontal atau vertrikal) dengan saiz sekurang-kurangnya 200 dpi. Lukisan tersebut boleh dibuat dalam bentuk kartun, komik, karikatur atau apa saja teknik bersesuaian.
3. FOTOGRAFI
Sebarang bentuk foto hasil rakaman anda sendiri yang bersesuaian dengan tema boleh menyertai program ini. Anda boleh menghantar seberapa banyak foto tetapi hanya foto terbaik akan disiarkan.
4. REKA GRAFIK/MULTIMEDIA
Untuk reka grafik peserta dikehendaki menghantar satu poster dalam paparan tidak kurang 7 inci X 10 inci (sama ada horizontal atau vertrikal) dengan saiz sekurang-kurangnya 200 dpi. Kategori multimedia pula peserta boleh menghantar aplikasi web/mobil ringkas atau animasi/motion-graphic (durasi tidak lebih 3 minit) dalam bentuk video yang dimuatnaik ke YouTube. Peserta perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta butiran peribadi.
5. GUBAHAN LAGU
Peserta boleh merakamkan lagu berdasarkan tema yang diberikan dengan menggunakan iringan sekurang-kurangnya 1 alat muzik. Rakaman nyanyian hendaklah dimuatnaik ke YouTube dan peserta cuma perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta lirik lagu dan butiran peribadi.
6. VIDEOGRAFI
Untuk kategori videografi peserta boleh menghantar apa saja bentuk bahan seperti filem pendek, dokumentari atau vlog. Durasi hendaklah tidak melebihi 3 minit dan dimuatnaik ke YouTube dan peserta cuma perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta butiran peribadi.
*butiran peribadi: NAMA, NO. K/PENGENALAN, NO. TELEFON
INSENTIF
Insentif kepada penyertaan yang terpilih akan diberi berdasarkan jumlah yang difikirkan bersesuaian mengikut hasil karya dan kategori yang disertai. Hantarkan penyertaan anda segera kerana jumlah penyertaan bagi seorang peserta adalah tidak terhad!!
+ comments + 1 comments
Good!!
Post a Comment