BNYCT NEWS
print this page
BERITA TERKINI

COME JOIN US!!

Showing posts with label DariBlog. Show all posts
Showing posts with label DariBlog. Show all posts

12 #ManifestoBukanJanji PR Telah Dilaksanakan Oleh BN... @RafiziRamli #Kantoi!!


1. Rafizi sekali lagi dengan rasa tidak malu telah menuduh DS Najib meniru idea Pakatan Pembangkang.

2. Namun begitu, Rafizi sebagai salah seorang daripada 13 orang yang bertanggung jawab merekabentuk Manifesto Pakatan yang boleh dikategorikan sebagai fiksyen itu tidak sedar bahawa 12 Janji Manifesto tersebut telahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

3. Rafizi lagi tidak tahu malu menjanjikan perkara yang sudahpun dilaksanakan oleh Barisan Nasional.

4. Muslihat Rafizi adalah untuk mendapatkan kredit percuma seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang apabila lebuhraya yang dibina Barisan Nasional didakwa hasil usaha DAP!

5. Berikut adalah 12 Janji Manifesto Rakyat yang telah menciplak usaha Barisan Nasional!














6. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


DIPETIK DARI BLOG TRUTH VACCINE
0 comments

DARI BLOG : HUKUM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H


Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa’id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah’. Antara lain beliau menyatakan bahawa; “masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya.”

2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail’ , menyatakan; “Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala.”

3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa “dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.”

p/s : Selamat menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita mewarisi perjuangan suci baginda.

0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger