Beliau berkata keikhlasan BN dalam melaksanakan tanggungjawab itu tanpa memikirkan 'survival' politik parti semata-mata membezakannya dengan parti-parti politik lain.
Pembangkang, katanya, lebih fokus kepada kelangsungan parti dan sanggup mengkucar-kacirkan suasana harmoni negara melalui isu-isu perkauman, agama dan bangsa.
"Kerajaan ini, walaupun kita tidak sempurna tapi kita nak bawa berubah.
Kita ingin bergerak ke depan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan perubahan yang lebih baik," katanya semasa berucap pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan di sini Sabtu malam.
Tengku Adnan berkata dalam tempoh lebih 50 tahun BN mentadbir negara, pelbagai kemajuan telah dicapai berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi gagal melaksanakan janji mereka.
-- BERNAMA
Post a Comment