COME JOIN US!!

Lim Kit Siang Tawar Kekal DAP Jika Tarik Diri Sebagai Calon BEBAS


JOHOR BARU: DAP memberi peluang kepada anggotanya yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk kembali kepada parti sekiranya mereka menarik balik pencalonan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata berdasarkan kepada keputusan parti, anggota DAP yang bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat tetapi diberikan kelonggaran sekiranya menarik balik pencalonan mereka.

"Sesiapa yang bertanding Bebas adalah mereka yang melawan keputusan parti, serta-merta akan dipecat. Kalau mereka hendak membetulkan kesilapan dan menarik balik pencalonan serta memberikan sokongan kepada parti, kita akan pertimbangkan semula kedudukan mereka dalam parti," katanya pada Ahad.

Lim yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata demikian kepada pemberita di Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah di sini.

Pada PRU-13 ini, beberapa pemimpin DAP termasuk penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Ng Lam Hua, Sim Tong Him (DUN Kota Laksamana)dan Jenice Lee Ying Haa (DUN Teratai) bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak berpuas hati dengan keputusan parti.

Lim yang meninggalkan Parlimen Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah menyifatkan individu yang bertanding sebagai calon Bebas sebagai golongan yang kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti tentang pencalonan. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger