COME JOIN US!!

10,366 Unit Rumah Ditawarkan Kepada Penjawat Awam Melalui Program PPA1M - @NajibRazak


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan harga di antara RM150,000 dan RM300,000 di sini pada Khamis.

Kira-kira 10,366 unit rumah dengan keluasan di antara 1,000 meter persegi dan 1,500 meter persegi itu akan dibina dalam beberapa fasa.

Najib berkata, fasa pertama akan dibina di Presint 11 dan Presint 17 yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

"Rumah tersebut bukan saja selesa tapi berkualiti baik.

"Kakitangan awam perlu membayar RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran sebaik saja berpindah masuk ke rumah itu," katanya pada majlis pelancaran program itu di sini, Khamis.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger