COME JOIN US!!

Polis Dan Ikatan Relawan Malaysia Sedia Mengawal Keselamatan Sepanjang Sambutan Thaipusam


KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,300 anggota polis serta lebih 500 anggota Ikatan Relawan Malaysia akan bertugas mengawal keselamatan sepanjang sambutan Thaipusam hujung minggu ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis juga menyediakan lima balai polis bergerak bagi memudahkan orang ramai membuat laporan jika berlaku jenayah.

Bagi memudahkan perarakan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H. S Leeke Batu Caves, polis akan menutup jalan secara berperingkat bermula tengah malamSabtu, katanya pada sidang media bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Kuil SriMaha Mariamman Dhevasthanam Batu Caves Datuk R.Nadarajah, di sini Rabu.

"Selain Jalan Tun H.S Lee, jalan-jalan yang terlibat seperti Jalan Sultan, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan Jalan Ipoh yang menuju ke Batu Caves akan ditutup sepenuhnya pada 26 Jan bagi memudahkan pergerakan mereka," katanya.

Menurut Abdul Rahim, polis menjangkakan perarakan tiba di Batu Caves pada pukul 2.30 petang Sabtu.

Sementara itu, Nadarajah berkata pihaknya mengurangkan bilangan gerai jualandan pameran kepada hanya 400 bagi memudahkan pergerakan memandangkan kira-kira1.6 juta penganut serta pengunjung akan membanjiri pekarangan kuil pada hariberkenaan.

Beliau turut menasihati penganut dan pengunjung supaya tidak memakai barangkemas yang banyak dan memastikan harta benda persendirian disimpan rapi bagimengelak diragut dan samun.

Katanya pihak pengurusan kuil juga membuka kaunter maklumat dan aduan di bangunan pentadbiran berhampiran pintu masuk kuil bagi memudahkan penganut serta pengunjung mendapat maklumat atau mengemukakan aduan. -- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger