COME JOIN US!!

1M4U Bakal Lancar 'My Beautiful Malaysia Day'


KUALA LUMPUR: 1Malaysia For Youth (iM4U) akan melancarkan 'My Beautiful Malaysia Day' pada 3 Feb ini bagi mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Jake Abdullah berkata program akan berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara dan dijangka disertai sejuta belia.

"Menerusi program ini kami berharap belia dapat melihat yang mereka boleh terbabit secara aktif dalam pembangunan, melakukan perubahan dalam masyarakat dan membuat impak positif kepada negara dan juga kehidupan mereka.

"Sikap sukarelawan bermula di rumah dan kami mahu semua rakyat Malaysiabersatu membuat perbezaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini yangturut dihadiri duta iM4U Sazzy Falak, Michael Teoh dan Anand Rajaratnam.

Jake berkata antara aktiviti dirancang ketika program itu ialah mengecatbangunan, kerja-kerja landskap, membersihkan perkuburan, membaiki bangunanseperti sekolah, rumah ibadat dan juga rumah orang miskin.

Ditanya mengenai strategi iM4U untuk mengubah masyarakat Malaysia daripadabersifat kebendaan kepada masyarakat sukarelawan, Jake berkata langkah palingpenting ialah memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sukarelawan.

"Saya setuju kita hidup dalam masyarakat bersifat kebendaan tetapi pada masasama masih ada ruang dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantumereka yang memerlukan.

"Seperti program ini, kami cuma mahu katakan 'hei, kami sedang membantuseseorang, marilah sertai kami, tak perlu daftar atau sebagainya'," katanya.

Beliau turut menekankan peranan duta dalam menggerakkan orang ramai, khususnya belia, untuk melakukan kerja sukarela.

"Kami ada kira-kira 20 duta meliputi penyanyi, pelakon, ahli sukan sertaikon belia. Masyarakat memandang tinggi kepada mereka ini dan mahu menjadiseperti mereka. Justeru amat penting bagi duta untuk menghebahkan budayasukarelawan ini," katanya.-BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger