BNYCT NEWS
print this page
BERITA TERKINI

COME JOIN US!!

#PRU13 - Pengundian Awal Guna Dakwat Bermula


KUALA LUMPUR: Anggota polis diseluruh negara mula mengundi awal secara berperingkat dengan menggunakan dakwat kekal buat pertama kali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjadi individu pertama membuang undi di sini, sementara anggota polis di seluruh negara akan mengundi di Ibu Pejabat Kontigen (IPK) Polis seluruh negara.

Sewal pukul 8.30 pagi, anggota polis mula beratur untuk mengundi di Dewan Mess Bukit Aman dan Dewan Perkep.

Anggota polis mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan terawal mengundi menggunakan dakwat kekal buat pertama kali dalam PRU-13.

Ismail ketika ditemui selepas membuang undi berkata anggota polis berasa bangga diberi penghormatan untuk menjadi kumpulan pertama mengundi menggunakan dakwat kekal.

"Saya juga perlu mengikut prosedur dalam membuang undi.

"Jika tidak, Ketua Polis Negara tidak akan berada di sini," katanya dalam nada bergurau.

Sementara itu di Lumut, seramai 12, 776 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)mengundi di pusat pengundian di SMK TLDM di pangkalan tentera di sini.


Anggota polis Perak beratur untuk menunggu giliran membuang undi di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak pada Selasa.

Undi mereka akan dikira bagi Parlimen Lumut yang ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Kong Cho Ha dan calon Parti Keadilan Rakyat, Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abdulk Hamid.

Anggota TLDM turut mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor di mana BN diwakili oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, PKR Mohd Saifullah Mohd Zulfilfi dan calon Bebas, P. Bernard dalam saingan tiga penjuru.

Kong, dan Laksaman Pertama Mohd Imran dan Mohd Saifullah turut hadir di pusat pengundian pagi Selasa.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) melawat pusat pengundian di Pulapol pada Selasa.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pengundian awal berjalan lancar dengan 59, 194 anggota keselamatan dan pasangan masing-masing telah mengundi setakat pukul 11 pagi Selasa.

"Saya telah melawat pusat latihan Pulapol di Jalan Semarak dan Kem Wardieburn, saya berasa gembira.

"Ini kali pertama SPR memperkenalkan undi awal dan saya sangat berpuas hati kerana proses berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata seramai 272, 387 anggota polis, anggota tentera dan anggota pasukan gerakan am serta pasangan masing-masing mendaftar sebagai pengundi awal.

Daripada jumlah tersebut seramai 36,561 mendaftar sebagai pengundi pos.

"Jumlah keseluruhan yang akan mengundi sebagai pengundi awal ialah 235, 8326 orang," katanya.

Bagi undi pos di luar negara, Abdul Aziz berkata seramai 6,092 daripada 8,756 pengundi berdaftar atau 69.82 peratus telah mengundi di pejabat 100 pejabat kedutaan di seluruh dunia pad Ahad.

Tiga pejabat kedutaan, tidak mempunyai sebarang pengundi.

"Baki kertas undi masih berada di pejabat kedutaan. Kita menggesa rakyat Malaysia yang masih belum mengambil kertas undi mereka," katanya.

Beliau berkata pengundi sendiri perlu memastikan kertas undi mereka tiba di pejabat pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan masing-masing pada tarikh yang ditetapkan dan begitu di pejabat kedutaan sebelum Ahad ini. -mStar
0 comments

Luahan Hati Anak Dr Mazlan - "Sebab Walid Lawan DSAI..."


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, [I]private message[/I] aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini.

Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan [B]kenapa kita perlu menentang DSAI.[/B] Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah [B]demi menyelamatkan akidah ummat![/B] Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak.

Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat.

Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la".. Beradap la sikit.. tak boleh nak [I]husnul zhon[/I] langsung.

[B]Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,[/B] berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang.

Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS,bukan bawa agenda Islam,bukan ada Majlis Syura,bukan dasar Islam pun.Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar,itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Persoalannya,siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim,bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim,aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin,membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita.Berlambak lagi yang layak,nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR,PAS,bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

[I]Weight[/I] bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan [I]weight[/I] menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR,dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak.Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim.Jangan dok ambik personal.Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa,kami bukan lawan PAS. PAS jugak untung kalau Anwar takdak,boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai,hampa khatam blog yang aku sertakan itu,lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu,pi jumpa ustaz-ustaz,bagi link blog tu suruh depa baca,dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi,yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la,buat video seks konon Mustafa Ali la,apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir,tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi.Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak.

Buang la sifat taksub tu...Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa,ya kita kesian kalau benda itu benar ; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni.

Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau.

Awat kalau kesian kat dia,dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.Ni orang yang fikrah Islam yang jelas,dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin.

So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq,yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja,biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah [I]Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".[/I]

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa.

Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh,oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni,baik duduk diam2 kat Telekom,takdak caci maki.

Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan. Takpala... [B]kami buat demi Islam.[/B] Allah jugak yang nak[I] judge[/I] kami di akhirat.

Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu.. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua,kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

Video doa anak istimewa Dr Mazlan, beliau merupakan pelajar sekolah tahfiz di Pulau Pinang. -AgendaDaily

0 comments

Tun Daim Yakin BN Mampu Tawan Semula Kedah Dan Selangor


MERBOK: Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

Malah bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan bahawa BN akan berjaya memecah dominasi PAS di Kelantan dengan memenangi beberapa kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun menurutnya, agak sukar bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 berikutan sentimen masyarakat Cina yang masih kuat menyokong DAP.

"Kedah dan Selangor memang boleh jatuh semula ke tangan BN. Saya tak nampak apa-apa masalah untuk itu jika jentera dan ahli BN sama-sama bersatu padu memenangkan calon yang dipilih pucuk pimpinan.

"Begitu juga dengan Kelantan, dengan situasi semasa, saya yakin BN boleh menambah bilangan kerusi di DUN. Tapi kalau nak dapat jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan mungkin agak susah...tapi ia tidak mustahil," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi kawasan Parlimen Merbok di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangannya sama ada BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU kali ini, Daim bagaimanapun mengakui ia agak sukar untuk dilakukan berdasarkan situasi politik semasa.

"BN boleh menang (tubuh kerajaan), tapi untuk dapatkan majoriti dua per tiga seperti dahulu mungkin agak sukar...tapi untuk menang saya sangat yakin," katanya.

Mengulas mengenai nasib Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'simpanan tetap' BN, Daim juga optimis bahawa kedua-dua negeri berkenaan akan kekal di tangan BN.

"Susah pembangkang nak tembusi kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kita kena tengok juga sentimen rakyat di sana yang sukar menerima parti politik yang datang dari semenanjung," katanya.
0 comments

Najib Razak Yakin BN Menang Di Kawasan Campuran Sarawak


KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan yang baik untuk mencapai kemenangan di kawasan campuran, termasuk kawasan parlimen Stampin di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) ini. Perdana Menteri berkata beliau berpuas hati setelah menghadiri dua majlis berasingan, termasuk sesi pemimpin bersama rakyat di Kampung Semeba dan perasmian SJK (C) Chung Hua No. 2 di Jalan Stutong di sini, yang terletak di Stampin.

Pada kedua-dua majlis itu, ketibaan Najib disambut seramai 10,000 rakyat jelata. "Bagi kawasan yang mempunyai peratusan pengundi Cina yang tinggi, saya nampak ada tanda kebaikan sedikit untuk menerima dan menyokong balik BN namun kita (jentera) perlu terus bekerja untuk menambahkan 'engagement' dengan mereka," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian dan pecah tanah blok baru SJK (C) Chung Hua No. 2 di sini Sabtu.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng, yang juga penyandang BN di kawasan Stampin dan calon BN Tan Kai bagi kerusi Bandar Kuching.

Pada pilihan raya 5 Mei ini, Yong akan menentang Julian Tan Kok Ping daripada DAP dan Soo Lina daripada Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) dalam pertandingan tiga penjuru.

Mengenai peluang pembangkang untuk merebut kerusi parlimen di Sarawak dan Sabah, Najib berkata beliau tidak nampak ada tanda mereka boleh menang, terutama sekali di kawasan luar bandar, yang masih menjadi kubu kuat BN.

Beliau percaya pengundi luar bandar menyedari dan memahami bahawa masa depan mereka adalah dengan BN untuk meneruskan agenda transformasi yang mereka telah nikmati.

"Kita (BN) ada track record membangunkan kawasan luar bandar yang mereka tahu tanpa BN, apa yang mereka harapkan tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Beliau turut tidak menjangkakan Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang bertanding menentang BN di enam kawasan Parti Rakyat Sarawak (PRS) terdiri daripada 90 peratus pengundi Iban, akan menang.

Beliau berkata BN tidak memperakukan SWP, yang mendakwa mesra BN kerana dengan bertanding menentang calon BN, parti pembangkang menjejaskan peluang kemenangan BN.

Pada amnya, Najib berpuas hati dengan operasi kempen BN walaupun pada peringkat awalnya berdepan masalah dalaman, terutamanya dari segi penyusunan jentera dan perasaan tidak puas hati berhubung pemilihan calon.

"Nampaknya sebahagian besar daripada masalah itu telah kita dapat selesaikan dan jentera kita memberi tumpuan bagi memastikan kerja pilihan raya dapat dijalankan dengan penuh fokus," katanya. Perdana menteri berkata masalah dalaman yang dihadapi parti pembangkang lebih berat daripada yang dihadapi BN.

"Setidak-tidaknya kita tidak ada parti komponen lawan sama parti komponen tapi mereka tidak dapat menyelesaikan perkara ini pada waktu penamaan calon walaupun ada usaha untuk menarik diri dan sebagainya tetapi masalah bertembungan antara satu sama lain dan rasa tidak puas hati mereka lebih serius daripada BN," katanya.-BERNAMA
0 comments

#PRU13 - Calon BN DUN Sg Limau Dekati Golongan Atas Pagar.


JERAI: Masuk hari keenam berkempen, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Fadzilah Mod Ali mula mengatur strategi dengan mendekati golongan pengundi atas pagar yang boleh menjadi faktor penentu kemenangan BN di kawasan berkenaan.

Menurutnya, beliau sudah mengenal pasti kira-kira 20 peratus pengundi dalam kelompok itu yang masih belum membuat keputusan untuk memberi undi sama ada kepada BN ataupun PAS.

"Saya akan beri tumpuan bertemu dengan orang (pengundi) atas pagar.

"Kita kenal pasti ada lebih 20 peratus pengundi atas pagar, katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi Cina di Sungai Limau Dalam di sini, Khamis.

Fadzilah akan bertemu dalam saingan empat penjuru menentang penyandang kerusi DUN Sungai Limau iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta dua calon Bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad.

Mengulas mengenai sokongan pengundi Cina seramai 6.72 peratus daripada 27,287 pengundi dalam DUN Sungai Limau, Fadzilah berkata sokongan kumpulan berkenaan sudah mula menaruh harapan kepada BN untuk membawa kemajuan di kawasan mereka.

Malah katanya, kumpulan penyokong tegar PAS sendiri sudah mula sangsi dengan kebolehan wakil rakyat mereka membela nasib rakyat.

"Orang Cina saya sudah biasa dengan mereka... saya tahu mereka mahukan pembangunan. Setakat retorik mereka tak mahu.

"Malah sokongan orang PAS pun sudah mula goyah, mereka sudah jemu dengan Azizan," katanya.

Selain itu Fadzilah yang mengaku sebagai calon 'underdog' berkata beliau yakin boleh memenangi hati pengundi di kawasannya untuk menyokong BN. -mStar Online
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger