BNYCT NEWS
print this page
BERITA TERKINI

COME JOIN US!!

Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Botol Dakwat Kekal Tidak Digoncang Punca Dakwaan Mudah Luntur


KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.

Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.

Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.

Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," katanya.

SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan perkara itu. - Bernama
0 comments

Staf KUIN Bangkit Dedah Isu "Pentas Bersih Kuin 1.0"

Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin KUIN, Mohd Baihaqi Hassan (kiri) dan staf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) tampil ke hadapan membuat pendedahan berhubung isu membabitkan institusi itu pada perhimpunan "Pentas Bersih Kuin 1.0" yang dihadiri kira-kira 200 orang awam, staf and anggota badan bukan kerajaan. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Staf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada Khamis membuat pendedahan berhubung isu membabitkan institusi itu pada perhimpunan "Pentas Bersih Kuin 1.0" yang dihadiri lebih 200 orang awam, staf dan anggota badan bukan kerajaan (NGO).

Tampil mendedahkan isu yang didakwa telah menjejaskan kebajikan warga kerja KUIN itu ialah Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin, Mohd Baihaqi Hassan; Ketua Program Kuliah Muamalat, Ahmad Faizal Asmy Mohd Yunus dan Pensyarah Kuliah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Mohd Farid Alias.

Pada perhimpunan lebih sejam yang diadakan di kawasan Jalan Suka Menanti di sini, mereka turut mendesak Rektor KUIN Prof Datuk Dr Jamil Osman supaya meletak jawatan.

Antara isu didedahkan pada 'Pentas Bersih KUIN 1.0' itu ialah dakwaan salah laku Rektor seperti membuat dokumen palsu, lantikan kroni dalam pengurusan tertinggi KUIN, kegagalan pembayaran gaji mengikut waktu dan kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mohd Baihaqi dalam ucapannya berkata pelajar KUIN turut teraniaya apabila diarah berpindah segera ke kampus induk di Kuala Ketil sedangkan kolej kediaman tidak disediakan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu.

"Sebelum ini dijanjikan ada penginapan untuk tampung 7,000 pelajar di Kuala Ketil, tapi pembinaan dibatalkan sebab nak potong kos, masjid pun tidak dibina.

"Rumah sewa di Kuala Ketil yang dulunya hanya RM250 sebulan naik hingga RM1,500 dan pelajar terpaksa menyewa kerana tiada tempat tinggal selain harga roti canai (dan makanan lain) pun dah naik mendadak," kata Mohd Baihaqi.

Ahmad Faizal Asmy pula berkata warga kerja KUIN terpaksa mengadakan perhimpunan seperti ini kerana pintu rundingan dengan kepimpinan tertinggi iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tertutup.

"Sebab itulah kami terpaksa memilih jalan ini (bertemu media dan mengadakan perhimpunan) bagi menegakkan kebenaran," katanya.

Mohd Farid pula berkata walaupun menerima tekanan daripada pihak pengurusan tertinggi KUIN kerana berjuang habis-habisan untuk menuntuk hak mereka, beliau tetap menjalankan tugas dengan baik kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai pendidik.

"Kuliah Hospitaliti diletakkan di bawah Insaniah Holdings (anak syarikat KUIN) secara terpaksa namun kami tetap buat kerja...sepatutnya anak syarikat buat untung untuk KUIN tapi yang berlaku sebaliknya sebab Insaniah Holdings tak buat untung langsung," katanya.

Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim pula memberitahu sembilan warga kerja yang mendedahkan isu-isu KUIN sebelum ini telah diminta menyediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari atau akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak pengurusan.

"Kami menerima surat itu sejak semalam dan hari ini dan jika gagal sediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kami akan menghadapi tindakan buang kerja atau digantung perkhidmatan.

"Perkara ini berlaku selepas kami mula membuat pendedahan kepada media secara lebih agresif baru-baru ini," katanya.

Muhammad Azki Hafizi berkata pihaknya akan menganjurkan 'Pentas Bersih KUI N2.0' dalam masa terdekat bagi mendesak Jamil dan Azizan berundur daripada KUIN.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir turut hadir pada perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan terhadap warga KUIN yang teraniaya. - BERNAMA
0 comments

DAP P. Pinang Dikecam Turunkan Ucapan Gong Xi Fa Cai PM


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dikecam kerana menurunkan papan iklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' (Tahun Baru Cina) kepada masyarakat Cina di negeri itu.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata langkah kerajaan negeri itu merupakan satu tindakan keterlaluan berikutan maklum balas diterima juga menunjukkan beberapa individu telah memijak gambar Najib selepas banner diturunkan.

Dr Ng berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu memohon maaf atas tingkah laku tidak sopan terhadap seorang perdana menteri Malaysia.

"Beliau (Lim) perlu ingat (Najib) adalah Perdana Menteri Malaysia termasuk Pulau Pinang. Memijak muka perdana menteri adalah sama seperti memijak muka Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Beautiful Malaysia' di Dataran Taman Negara, Teluk Bahang, di sini, Ahad.

"Sekiranya sebuah banner (dengan gambar perdana menteri) dikoyak ia bermakna menolak Malaysia," kata Dr Ng ketika diminta mengulas tindakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menurunkan banner ucapan Najib kerana mereka yang memasang tidak memohon permit.

Beliau berkata kerajaan persekutuan sentiasa membantu membangunkan Pulau Pinang demi kebaikan rakyatnya walaupun negeri itu tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

"Jangan terlalu taksub dengan politik. Ada benda yang anda tidak boleh mempolitikkan sekiranya ia untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Jadilah kerajaan bertanggungjawab dan memberi khidmat baik kepada rakyat. Jika kerajaan persekutuan mahu membantu, biarkan aje," katanya.

Dr Ng berharap rakyat Pulau Pinang memahami dan merasakan keikhlasan kerajaan pusat untuk memakmurkan negeri itu berikutan sekitar RM140 juta dibelanjakan sebelum ini untuk merancakkan industri pelancongan di negeri tersebut.

Dalam perkembangan lain, Dr Ng berkata Kementerian Pelancongan memberi kebenaran kepada pelatih pemandu pelancongan yang selesai 75 peratus kursus mereka untuk menjadi pemandu pelancongan sementara selama sebulan mulai 1 hingga 28 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya sebanyak 25 syarikat pelancongan dilaporkan memerlukan 450 pemandu pelancongan tambahan berikutan peningkatan pelancong China dan Taiwan semasa musim perayaan itu.

Beliau berkata bayaran kepada pemandu tetap pada hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina ditambah dua kali ganda daripada RM220 kepada RM440 sehari sebagai sokongan motivasi. -BERNAMA
0 comments

Penstrukturan Semula Subsidi Petrol & Diesel








Sumber: Jabatan Penerangan
0 comments
 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger