COME JOIN US!!

#ManifestoBN Mengandungi Janji-Janji Boleh Ditunaikan - @NajibRazak


KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu dijangka mengandungi janji-janji yang menyentuh kebajikan dan masa depan lebih baik untuk semua komuniti dan lapisan masyarakat serta pelbagai sektor.

Bagaimanapun, manifesto tersebut tidak bersifat populis sebaliknya mengandungi janji-janji yang realistik dan boleh dicapai setelah dibuat kajian teliti dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara, demikian menurut sumber BN ketika ditanya tentang isi kandungan manifesto tersebut.

Najib, yang juga Pengerusi BN, akan melancarkan manifesto tersebut pada majlis Perhimpunan 1Malaysia Rakyat Didahulukan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, pada pukul 9 malam.

"Tunggulah pada Sabtu, tetapi apa yang boleh dikatakan ia merupakan manifesto yang sangat komprehensif tetapi realistik dan boleh dicapai," kata seorang pemimpin BN ketika diminta mengulas tentang kandungan manifesto tersebut.

Katanya, manifesto itu seperti kad kemajuan kerajaan BN pimpinan Najib sejak empat tahun lepas.

Ia juga boleh disifatkan dokumen akujanji mengandungi wawasan dan komitmen kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang untuk meneruskan program transformasi dengan matlamat membawa negara ke tahap negara berpendapatan tinggi, ujarnya.

Difahamkan manifesto itu berdasarkan falsafah induk pentadbiran Najib iaitu '1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Janji Ditepati.'

Bertitik tolak dari asas-asas tersebut ia juga membawa harapan masa depan lebih baik untuk semua rakyat.

"Walaupun pembangkang terlebih dahulu melancarkan manifesto mengandungi pelbagai janji muluk termasuk menghapuskan bayaran tol, menurunkan harga minyak dan kereta serta pendidikan tinggi percuma, manifesto BN tetap berpegang kepada pertanggungjawaban fiskal.

"BN tetap akan mengamalkan dasar mengurangkan defisit akaun semasa dalam menggariskan perancangan ekonomi dan pembangunan negara bagi mengelak negara ditimpa nasib beberapa negara Eropah," katanya.

Pemimpin-pemimpin BN yang diminta mengulas mengenai manifesto BN berkata mereka menjangka manifesto itu akan membawa kesan lonjakan terhadap sokongan rakyat kepada kepimpinan Najib. BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger