COME JOIN US!!

BN Nafi Dakwaan Pembangkang Mahu Tutup SJKC, SJKT dan Sekolah Mubaligh


MUAR: Rakyat diminta tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Mubaligh jika BN kembali memerintah negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mula memainkan isu pendidikan dalam modal berkempen bagi menarik undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Pembangkang kata kita tidak adil kepada sekolah Cina dan Tamil. Mereka kata jika BN berkuasa sekolah Cina dan Tamil akan ditutup.

"Sudah 56 tahun tidak ada sekolah Cina dan Tamil yang ditutup, ini bukti selagi BN diberi kepercayaan selagi itu juga sekolah ini akan terus kekal," ujarnya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra SJKC Parlimen Pagoh, di sini, Jumaat.

Pada majlis itu beliau menyampaikan bantuan RM1.88 juta kepada 14 SJKC persendirian untuk bantuan modal dan empat lagi SJKC yang merupakan bantuan penuh kerajaan bertujuan menaik taraf dan membina kemudahan asas di sekolah masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada SJKC dan SJKT dengan peruntukan yang besar dalam bajet negara setiap tahun.

"Kita sudah sediakan peruntukan khas dalam bajet setiap tahun untuk bantu sekolah-sekolah ini.

"Biarpun sekolah tersebut kurang murid sekalipun kita tetap akan beri bantuan selagi mereka mahu belajar di sekolah itu," katanya.

Tegasnya, kerajaan hanya akan menutup sekolah-sekolah aliran tersebut sekiranya mendapat persetujuan pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa, itupun setelah mendapati SJKC itu tidak lagi mempunyai kualiti yang baik.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak 'bermain-main' untuk menukarkerajaan pada PRU-13 kali ini kerana akan memberi kesan besar terhadap banyak perkara termasuk bidang pendidikan dan ekonomi.

"Kita jangan main-main tukar (kerajaan), (kalau tukar) kita akan dapat banyak masalah seperti ekonomi akan jatuh dan banyak isu-isu akan kita hadapi," pesannya. -mStar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger