COME JOIN US!!

Malaysia dan Singapura Setuju Bina Keretapi Laju KL-SIngapura


SINGAPURA – Perdana Menteri Malaysia dan Singapura telah bersetuju membina keretapi berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dijangka siap menjelang 2020.

Dengan sistem pengangkutan baru ini, perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan sebaliknya dijangka mengambil masa hanya 90 minit sahaja.

Pengumuman tersebut dibuat pada satu sidang akhbar selepas pertemuan dan perbincangan hubungan dua hala antara kedua-dua Perdana Menteri.

Mesyuarat itu sebahagian daripada program yang dianjurkan sempena Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura itu.

Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa ia adalah perkembangan strategik ke arah hubungan dua hala yang akan mempertingkat perhubungan antara Malaysia dan Singapura.

Ia membuka era baru yang kukuh, pertumbuhan, keharmonian dan peluang bagi kedua-dua negara dan membantu perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura serta memperkukuhkan perhubungan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin mengarahkan satu jawatankuasa kementerian bersama untuk memperincikan aspek dan reka bentuk keretapi berkelajuan tinggi itu. – Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger