COME JOIN US!!

Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor Teruskan Usaha Mengambil Alih SYABAS


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedia untuk mengambil alih perkhidmatan air di negeri itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang akan tamat minggu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, surat tawaran kepada Syabas sudah siap dan akan diserahkan kepada syarikat konsesi berkenaan minggu depan.

"Kerajaan negeri menegaskan ini bukanlah pengambilalihan biasa syarikat komersil. Ini kerana perjanjian konsesi air melibatkan tiga pihak iaitu Syabas, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat.

"Urus niaga sepatutnya tidak berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat juga perlu diberi keutamaan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Bagaimanapun Abdul Khalid enggan mendedahkan nilai tawaran yang dibuat kerajaan negeri kepada Syabas.

"Justeru kita menyeru Kerajaan Pusat yang memiliki Golden Share atau saham emas dalam Syabas menggunakan kuasanya bagi memastikan Syabas menerima tawaran kerajaan negeri.

"Kita harap syarikat konsesi tidak menjadikan faktor harga sebagai alasan untuk menolak tawaran ini," katanya.

Selain itu Abdul Khalid berkata, Syabas berhak untuk membawa isu berkenaan kepada Timbangtara Antarabangsa bagi mendapatkan pamparan sewajarnya berhubung penstrukturan semua industri air di negeri ini.

Sebelum ini kerajaan negeri menghantar surat bagi memaklumkan kesediaannya untuk membayar kos pengambilalihan Syabas.

Menerusi surat yang dihantar kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, kerajaan negeri memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklumbalas.

Tempoh berkenaan akan berakhir minggu depan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger