COME JOIN US!!

BN Ada Wawasan Terancang Untuk Rakyat - Tengku Adnan


KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan pusat pimpinan BN merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai wawasan terancang untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat.

Beliau berkata keikhlasan BN dalam melaksanakan tanggungjawab itu tanpa memikirkan 'survival' politik parti semata-mata membezakannya dengan parti-parti politik lain.

Pembangkang, katanya, lebih fokus kepada kelangsungan parti dan sanggup mengkucar-kacirkan suasana harmoni negara melalui isu-isu perkauman, agama dan bangsa.

"Kerajaan ini, walaupun kita tidak sempurna tapi kita nak bawa berubah.

Kita ingin bergerak ke depan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan perubahan yang lebih baik," katanya semasa berucap pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan di sini Sabtu malam.

Tengku Adnan berkata dalam tempoh lebih 50 tahun BN mentadbir negara, pelbagai kemajuan telah dicapai berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi gagal melaksanakan janji mereka.

-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger