COME JOIN US!!

Lee Lam Thye Seru Kerajaan Tubuh Institut Tadbir Urus Bandar


KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan menubuhkan sebuah institut urus tadbir bandar yang dibiayai kerajaan bagi memenuhi keperluan urus tadbir bandar yang lebih baik ekoran pembangunan pesat bandar di negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Lee berkata sudah tiba masanya kerajaan mendirikan institut sedemikian yang boleh berfungsi sebagai pusat sumber dan latihan bagi tadbir urus bandar dan pembangunan negara.

"Institut ini akan membantu memudahkan aktiviti penyelidikan, memberi sokongan kepada ahli akademik dan individu untuk menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat perundingan dalam isu pembandaran," katanya.

Katanya, institut yang dicadangkan itu juga boleh menyediakan bantuan dan nasihat mengenai polisi kerajaan dalam tadbir urus bandar, pembangunan dan pengurusan.

Beliau berkata institut itu boleh ditubuhkan melalui tenaga pakar dari institut pengajian tinggi dan organisasi penyelidikan manakala agensi kerajaanakan menjalankan program akademik perancangan bandar bagi pegawai kerajaantempatan dan pegawai lain untuk menguruskan bandar di Malaysia dengan lebih baik.

Menurut Lee, isu pembandaran antara lain berkaitan dengan proses globalisasi, masalah alam sekitar, kemiskinan bandar, kemampanan bandar, isu tadbir urus bandar dan bagaimana untuk meningkatkan kualiti kehidupan di bandar yang perlu ditangani dengan berkesan. BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger