COME JOIN US!!

Krisis Air : Kerajaan Selangor Seperti Rancang Skrip Salahkan Syabas - @PKamalanathan


HULU SELANGOR: Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan percaya sudah menjadi trend dan sikap kerajaan negeri untuk menyalahkan agensi-agensi lain ataupun pihak ketiga dalam sebarang permasalahan yang timbul di negeri Selangor, khususnya dalam isu air yang semakin menghimpit rakyat di negeri ini.

"Mereka cepat menyalahkan Syabas serta agensi-agensi lain sedangkan apa yang sebenarnya berlaku kini, kesalahannya terletak pada pentadbiran ialah kerajaan negeri Selangor itu sendiri.



"Mereka tidak tahu mengatasi masalah air yang bakal berlaku dan mereka cuba menpolitikkan isu ini dengan menyalahkan orang lain, hakikatnya mereka tidak bersedia. Mereka sedar perkara ini akan berlaku dan mereka juga mahu mewujudkan satu keadaan di mana mereka mahu rakyat rasa sebenarnya ada air dan Syabas sengaja mewujudkan keadaan krisis air ini," ujarnya ketika ditemui mengulas kemelut isu air yang melanda negeri Selangor hari ini.

Tambahnya, perkara ini tidak benar sama sekali, kerana krisis air yang diperkatakan oleh pihak Syabas, turut dipersetujui oleh badan-badan bukan kerajaan yang lain seperti FOMCA. -watanonline
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger