COME JOIN US!!

BN Kelantan Lancar Jentera Siber Hadapi #PRU13 @Mustapa_Mohamed @KhairyKj @TunFaisal @RazlanRafii #BNYCT

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memperjelas dan menjawab fitnah serta isu yang dibangkitkan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

MUSTAPA (dua dari kiri) menandatangani buku Memorabilia sebagai tanda pelancaran Jentera Siber Pemuda BN Kelantan di Kota Bharu malam kelmarin. Turut kelihatan, Tun Faisal (kanan).
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin penggunaan media sosial dapat menarik pengundi terutama golongan muda dan terpelajar untuk memahami kedudukan sebenar politik semasa negara.

“Kita ada kira-kira dua bulan lagi, saya mahu bermula hari ini sehingga pilihan raya kita akan menggembleng tenaga secukupnya untuk menangkis fitnah yang dibawa oleh mereka,” katanya.

Mustapa berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Simulasi Pilihan Raya dan melancarkan Jentera Siber Pemuda BN Kelantan di sini malam kelmarin.

Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baharu (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz.

Jentera Siber Pemuda BN merupakan program UMB yang dilancarkan di seluruh negara dan bermula di negeri Kelantan. -KOSMO!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger