COME JOIN US!!

MCA Sedia Sepenuhnya Hadapi PRU 13

Jentera Pilihan Raya MCA Siap Siaga Hadapi PRU-13

LUMUT: Semua jentera pilihan raya MCA di seluruh negara bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak parti itu telah pun membuat persiapan sejak setahun lalu.

"Jentera MCA di peringkat cawangan (contohnya), kita telah pun menubuhkan bilik gerakan sejak setahun yang lepas," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Lumut di Dewan Marina Island, Teluk Muroh dekat sini.

Lebih 5,000 orang jentera pilihan raya dari semua parti komponen BN Parlimen Lumut hadir pada program tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sementara itu, Kong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, sambutan golonganmuda terhadap BN di seluruh negara juga semakin menggalakkan.

"Ini menunjukkan golongan muda turut menyokong BN. Keadaan itu memberi keyakinan yang lebih kepada kita untuk menghadapi PRU-13 akan datang.

"Semua jentera BN kini berada di tahap tertinggi dan ini adalah satu petunjuk yang baik dan meyakinkan kita semua," katanya yang juga Anggota Parlimen Lumut. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger