COME JOIN US!!

Dr. Ng Yen Tidak Sabar MEnunggu Kedatangan PSY



PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak sabar menunggu kedatangan penyanyi lagu 'Oppa Gangnam Style', Psy, untuk memeriahkan sambutan Hari Terbuka 'Gong Xi Fa Chai' 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin ini.

"Saya mahu berada di Pulau Pinang apabila Psy menyanyi dan melakukan tarian sensasi yang mencetuskan fenomena dunia.

"Saya mahu melihat siapa lelaki ini yang boleh menarik satu bilion pengikut di Youtube dan mempunyai 4.7 juta peminat," katanya pada sidang media mengenai acara 'Drumming The Nation" di pejabatnya di sini, Jumaat.

Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan, yang nama sebenar Park Jae-sang, bakal membuat persembahan di padang sekolah Han Chiang pada majlis anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.

Dr Ng berkata Pulau Pinang akan menerima perhatian dunia apabila Psy menampilkan lagu dan gaya tarian yang mendapat sambutan hangat terutamanya dalam kalangan peminat genre K-Pop.

Bagaimanapun, Dr Ng secara pantas menegaskan konsert tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan politik malah penyanyi itu sudah pasti tidak berminat untuk mengetahui siapa yang akan menang pada pilihan raya umum di Malaysia nanti.

"Hakikatnya, penyanyi itu mesti telah mendengar tentang Malaysia dan beliau amat berminat untuk berada di tempat di mana beliau rasa yakin dan menemui perdana menteri yang begitu terkenal," katanya.

Dr Ng menegaskan konsert itu tidak membabitkan wang kerajaan atau BN seperti didakwa oleh sesetengah pengkritik.

Sementara itu, acara 'Drumming Up The Nation' pada 17 Februari ini menampilkan lebih 200 pemain gendang dari pelbagai etnik melakukan persembahan secara serentak di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Persembahan itu diadakan antara pukul 4 petang dan 11 malam sempena sambutan Jalanan Tahun Baharu Cina. BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger