COME JOIN US!!

Malaysia Di Landasan Terbaik Jadi Hab Halal Utama Global - Jamil Khir

BEAUFORT: Malaysia diiktiraf antara 54 badan rujukan terhadap pensijilan halal di peringkat dunia dan berada di landasan terbaik untuk merealisikan hasrat menjadi hab halal utama global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkatakesedaran masyarakat antarabangsa meningkat terhadap usaha kerajaan dalam membangunkan industri halal.

Kepentingan soal halal harus dipertingkatkan memandangkan ia semakinbersifat global bersesuaian dengan perkembangan arus semasa, katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan empat sayap Umno Bahagian Beaufort didi sini Ahad.

Beliau turut menyarankan pemilik premis perniagaan di Sabah menukar atau memohon sijil dan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sahaja dan bukan dari mana-mana badan lain.

Sebelum ini, Jakim memberi kelonggaran kepada pemilik premis selama enambulan untuk berbuat demikian selepas pindaaan Akat Perihal Dagangan 2011dikuatkuaasa pada 1 Jan lepas. BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger