COME JOIN US!!

Kementerian Kesihatan Awasi Produk Tenusu NZ

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengenakan tindakan pengawasan tahap empat terhadap semua produk tenusu yang diimport dari New Zealand ekoran penemuan residu Dicyandiarnide (DCD) dalam produk negara itu, berkuat kuasa Jumaat lepas.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata meskipun DCD tidak dianggapberisiko kepada keselamatan makanan, namun pemeriksaan rapi perlu dilakukansebagai langkah berjaga-jaga.

"Saya diberitahu DCD tidak berbahaya dan tidak menyebabkan kanser namun demi kepentingan rakyat, kita akan ambil sampel dari semua hasil tenusu tersebut bagimemastikan tiada unsur tercemar yang terkandung dalam produk berkenaan," katanyaketika melawat khemah pemeriksaan kesihatan di Batu Caves sempena Thaipusam Ahad.

Mengulas laporan residu produk tenusu oleh Dairy Reporter dan The Wall Street Journal Khamis lepas, Liow berkata baja mengandungi DCD yang digunakan peladang ke atas rumput untuk menghalang sisa baja daripada meresap ke sungai itu tidak mempunyai had penggunaan antarabangsa kerana dianggap tidak berisiko.

Beliau berkata pemantauan rapi turut dilaksanakan terhadap semua produktenusu yang terjual di pasaran tempatan bagi memastikan ia selamat sertamematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Liow berkata pengguna yang masih ragu dengan status keselamatan produktenusu yang terdapat di pasaran tempatan boleh mengemukakan laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri.

Sementara itu, Liow juga melahirkan rasa bangga atas pelantikan Malaysiasebagai anggota baharu Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)di Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-65 di Geneva pada 23 Mei lepas.

Beliau yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap EB WHO berperananmenghubungkan badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia dengan pertubuhankesihatan itu bagi membincangkan isu kesihatan yang dapat memberi manfaat kepadapenduduk dunia.

"Setelah 28 tahun tidak diwakili, akhirnya kita dilantik sebagai LembagaEksekutif WHO dan diberi mandat untuk memilih NGO awam dari seluruh dunia untukmembantu WHO dari segi aktiviti, kajian serta bantuan sewajarnya ke peringkatakar umbi," katanya.

Liow berkata WHO turut melahirkan kesudian untuk membantu Malaysia dalamtransformasi kesihatan dengan memberi cadangan dan komen terhadap proses yangdilaksanakan.-- BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : xxxx | xxxx | xxxx
Copyright © 2011. BN Youth Cyber Team - All Rights Reserved
created by RioRashid manage by UMB-PPUM
Proudly powered by Blogger